.ThingsInLife.

09 September 2009

cantik di hati.

Ketahuilah bahawa perhiasan anda bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahaga di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah SWT, air mata taubat, sujud yang panjang di atas hamparan sejadah, dan malu kepada Allah SWT ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Jadikanlah takwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal. Jadikan rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. 
Hindari oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq yang suka memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...