.ThingsInLife.

21 December 2012

EHEM-EHEM! Ainan Tasneem - 150 Juta



lalalala~

Assalamualaikum korang!

Hari ni takde nak entry pape cite pon.. Just nak entry youtube lagu 150JUTA ni je. Cam best je dengar. Aku takde la minat Ainan Tasneem ni sgt, tapi lagu ni aku cam suke GILE! haha.. Moh le dengo kome weiii(hambek kau tetibe kua perok teman ni) ;p

Okey la..nak p mkn kenduri dulu. Selamat mendengar *kalau sudi. :))

Babai korang..XOXO!

14 December 2012

Bosan!

Assalamualaikum korang~~

Well..well.. Entry hari aku na cite pasal menunggu. Actually..aku mai kL hari. Konon-konon na p tengok konsert miss nina katenye uollsss~ haha. Sanggup kan dtg kL semata-mata utk tu. Nasib la dpt tiket pree. Kawan kasik..bkn sape-sape pon. Admire kpd bff aku. Waahh..untung la orang ade admire kannnn. Aku ape pon takde! Ahaha. Oke tu da tahap merepek tak tentu hala. Haha

Bebalek kepada topik tadi, menunggu ehh? Sebenarnye aku tengah tggu bff aku mai amek kat duta la ni. Hadoii..da sejam da tunggu tak mai2 gaks. Penat + lapa + ngantok sume ade. Tak larat nak marah..sbb mmg cani la klaw setiap kali dtg kL na jupe die. Orang tua-tua kata.. JANJI MELAYU. Haa..gini la upenye. Nasib la pagi, klaw mlm mmg aku nanges dah kat sini. Haha.

Tu je nak ckp..tak tau ape nak ngarot sbb geram sgt nih! Arghhh...mana kau bella? Mane kau???!!!!!!!

K la korang..next time ade mse aku ngarot lagi ek.
Babai..XOXO!

08 December 2012

Old LIFE.. New LIFE


Assalamualaikum korang!...

Well..well...ape ye nak diceritakan? Hmm..saje mau share ngan korang pasal new life aku.

Since aku tegerak hati nak membaca semua entry-entry aku yang lepas-lepas, dan aku terbace kisah-kisah lalu masa bahagia aku bersama 'pakcik keba/paksu alya'. Masihkah kau ingat??? heh heh heh. Semua da jadi SEJARAH. Da boleh buat novel aku rase kisah aku ngan die kan. Tipu la kalau aku ckp aku ta penah bahagia..SGT BAHAGIA..tapi tu dulu. Orang kata,.. "MASA BERUBAH..ZAMAN BERUBAH..ORANG PON AKAN BERUBAH". Zaman kegemilangan kami da berakhir..untuk setakat ni. *mksdnye..klaw da tertulis die jodoh aku, mesti die jugak kan (sambil angkat bahu sebelah) ;p

So sekarang.....aku da ade life baru. ORANG BARU??? heh heh heh lagi~
Teka la kalau korang pandai. ahaha~
Ntah la...ade tu ade kot. Na bgtau korang, tapi cam awal sangat pulak. So..nanti la, if everything goes well insyaAllah aku akan buat entry KHAS cite pasal die. *bajet cam korang na bace sangat la kan. Lol! ;p

Amek kau! haha

Banyak lagi cerita best... BFF aku semua da selamat menjadi ISTERI yg sah kepada SUAMI masing-masing. GAMBAR? Duk ade la dalam laptop aku kat umah tu ha. Bz sgt sekarang sampai takde mase na edit n upload gamba-gamba diorang. bayangkan la, semua kawin dalam taun yang same kot. gamba tu da tentu la riban2. Asal aku ade mood nak edit, bile tengok, cam na PENGSAN! haha. So..kena tunggu betul-betul bosan baru la aku tgk balek kot..kot la. lalala~
Sekarang tinggal sorang je lagi BFF aku yang belom kawen. Pon same cam aku, masih menunggu Mr. Right. Awwwww.......;p
*doa-doakan ek korang.(Allah je dpt membalas jasa korang doakan kami :))

Ape lagi? Tu je la kot buat mase ni. SERONOK MAK JEMAH MEMBEBEL SENSORANG KAT SINI, tak kesah la ade orang nak bace ke tidoookkkkkkkkkkkkk. ahaaaaiiii~

Okey la..next time ade mase aku mengarot lagi kat sini.

Babai korang. thanks for reading.
XOXO!

07 December 2012

Segalanya di hujung jari anda!






Hoyeaaaa..skrg da boleh update blog hari-hari oh! Sebab pe tau..sebab kite da install apps die dalam hp!!

Boleh la jadi lisa pasnih! *Aww..memang gedik! haha. Tetibe gile na be-bloging blek ntah apehal ntah aku ni. Tp ta kesah..janji happy! Heh heh

Tapi ni baru 1st try. So klaw ntah hape-hape mahap le ye korang. Sy bdk baru belaja. LOl!

Okey la..ni je nak cite pung. Nti sambung lagi..nak drive blek uma.

Babai..xoxo!

Penangan ISTANBUL AKU DATANG!

Assalamualaikum korangggg!!!

Oh may...lama gile tak update nih. Da beranak pinak lelabah dalam belog nih eh. Hmm..ape na buat, masa tak mengizinkan. *okey, alasan! haha.

Tak tau nak mengarut ape kat sini sebab da lame gile tak mengarut. Da cam malu-malu kambeng lak masa meng-update nih. Merah muke makngah rasenye. *phuii, gedik! hehe.

Nak tau tak kenapa cam tetibe tegerak hari buat entry? *tak kesah la korang nak tau ke tak, aku nak cite jugak! ;p

Penangan tengok istanbul aku datang la ni citenye..best korang cite tuh! Lagi-lagi Beto Kusyairi ade. *okey, aku mmg 'kipas susah mati' die kay! So jangan pelik la! hahaha. Dengan Lisa Surihani yang cantek lagi. Memang la lagi best! ahai~~

Tak caye tengok gamba ni..nah!




Betulkan..kan..kan? Walaupon muke tak POSE! heh heh. ;p

Caye tak caye la aku siap download lagi cite nih kat hp aku. *habes data mobile aku! takpe demi beto! alala~

Okey la..okey la. Mengarut banyak-banyak sat g buat korang meluat plak bace nye ye dak? So next time ade mase aku mai entry la naaaa~

Babai korang..thanks for reading. 
Xoxo! :)

13 March 2012

bile bace mesti rase mao kawen auuu. ;p

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.


2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


3. Wanita yang beri susunya kepada anaknya mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.


5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.


7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.


9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.


11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.


12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.


13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.


14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.


15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.


16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.


17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.


18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.


19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.


20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.


21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.


22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.


23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).


24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.


25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.


26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
 
Best kan bila jadi ISTERI. korang mesti na tnye 'bile ko nk kawen yuniiii oiiii?' kan..kan. Aku pon punye soklan yg same. Hanya Allah s.w.t je yg punye jawapan tu. ~~~
Waa...mcm mau nyanyi...
"ohh..mama, saya mau kawen"
haks!~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...