.ThingsInLife.

08 March 2013

9 Nama Anak Syaitan berserta Tugasnya.

Assalamualaikum korang, bosan-bosan tak buat ape td aku terbaca pasal artikel ni. So nak share la ngan korang sume yg mana bakal nak jadi mak ngan ayah tu kan. Selamat membaca :)


"9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari."


Okey tu je entry untuk hari ni. Thanks sudi menyinggah ye.

*hugs*

13 February 2013

Gentlement ZAIN SAIDIN's :)

Assalamualaikum korang!!

Sekian lame tak update, almaklum yg tak dimaklum kakak hamba baru je selamat mendirikan rumah tangga. :) Alhamdulillah..doakan kebahagiaan diorg ek korang. *kalau sudi* Thanks :))
Oh berbalik cerita asal..tu la sebabnye saya ni dah lame tak enrty belog ni ha. *bajet cam korang nak bace sgt pulak* hiks! ;p

Okey la..banyak mengarut je kan. Actually berbalik pada tajuk asal entry saya kali ni, pasal ke-gentlement-an si ZAIN SAIDIN tu ha kat che'Ta! Adoi..boleh sesak nafas saya sebab cemburu. Haha. *feeling2, boleh ke saya jumpa lelaki mcm die* ;p

Alkisahnye saya boleh tau cerita diorang ni dari Abang Nara punya twitter terus ke blog die. Cuba la korang google kalau nak tau lebih lanjut. Lepas tu saya terus la cari instagram(IG) ZAIN SAIDIN tu. Jumpa..then saya tengok semua gambar2 diorang. Die punya caption..adoilaaa, boleh cair cam ais krim yang kena panas tu la katenye. *okey, mengarut* ;p
Okey la..tak mau cakap banyak2, saya ade print skrin dua keping gambar dari IG zain, jum la usha2!

psst; jum la kita sama2 doakan jodoh diorang. *kalau dah jodoh tak kemana kan*

Tu je la..babai korang. *hugs*



23 January 2013

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video




Assalamualaikum :)

Hari ni semangat nak enrty lagu ni utk SAHABAT2 saya kat sana tuee~
Dengar la eh :))

MAULIDUR RASUL.

Assalamualaikum korang..

Takde ape nak *entry hari ni, *since hari ni adalah hari kebesaran Nabi Junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W, ingat nak *share la dengan korang pasal maulidur Rasul hari ni. :)
Kite *copy je bende ni.. Ulama kata, "sampaikanlah walau sebaris ayat".. Jum bace sikit :)


"Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya."


Semoga kita semua dapat manfaatnya. SALAM MAULIDUR RASUL semua. 
Ouh..selamat bercuti juga ya. Assalamualaikum :) hugs* 

18 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA.

Assalamualaikum. :)

Ehemm.. takde ape nak cerita sangat sebenarnye. *Just nak *dropdropby je sebab dah lame tak *hupdate. Karang besarang pulak belog kite neh. Actually, tengah *excited sangat sebab da tukar semua *layout belog nih hari ni. :) Bosan-bosan kat *office tak tahu nak buat ape, so main tukar-tukar la semua nya. heh heh :P

Ahha~
Baru teringat..korang tengok tak cerita TV3 setiap Isnin sampai Khamis pukul 7 malam tuh? Tajuk die *SETIA HUJUNG NYAWA*! Peghhh....best gile korang! Betui tak tipu punye~
Well..sape yang tak tengok atau terlepas episod-episod dulu bole je tengok balek kat *TONTON.MY* tu. Aku pon terlepas gaks tengok dari mule cerita tu. Sekarang da cover balek dari episod 1! Weee~
Lagu-lagu dalam cerita nih pon best jugak tau. Aku memang meraban sikit ngan cerita nih. SUKA GILE! :)
*Seriously pelakon dalam cerita tu *cute gile! Sila la tonton kalau korang tak caye. hehe :p
Okey..untuk lebih lanjut, ni aku *share sikit gamba pelakon-pelakon die.



 Ni Intro Je~


 Ni Novel Cerita nih. *bole la p beli kalau nak bace :)


 Ni Pelakon Utama.


 Ni Semua Yang Terlibat. *da cam promote je :p


Like seriously, you guys can trust me that you will be so so excited just like me if you watch this drama :) Ahaha..*speaking meraban *grammar hentah kemana. *maafla saya tak pandai *ENGLISH* :))

Hokey laaa...takat ni je la yang mampu aku rapek kan. Ade mase aku hupdate lagi. :) 

Sayonara SAYANGS. Thanks for reading mine. Hugs*

06 January 2013

Weekends.

Holaaa everyone! *Cewaah~ bajet cam retis pulak la kau yuni! Hiks

Assalamualaikum~~

Well well..ape mau cerita? Hmm..takde ape pon yg best, saje je bosan2 lepak umah ni buat la entry merapu segala ni ha. Dua hari cuti ni la paling heaven sbb duk uma rehat sambil siap2 brg goody bag utk majlis akak aku yg da tak lame lagi je ni. Sibuk la duk packing kepek simpul kasih tu. Wahh..kepek pon ade kasih2 gittew~ haha. Tapi uma still tak siap lagi, byk sgt lagi keje nak kena buat. Ponekkk yooo~~ takpe la..bkn selalu ye dak. Hmm..cakap byk tak gne, bosan pulak korang bace. *ade ke pon yg bace? Haha. Jadi sila la perati gamba2 yg saya sertakan dibawah. Wah ayat tak hengat you! Haha.

Okey la..ni dulu entry dr hamba yg biase2 aje ni ye.

Byebye korang..xoxo! :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...